Wednesday 4 January 2012

Muzium Alam Semulajadi@ Putrajaya

Salam semua.

Entry kali ini, mengisahkan lawatan Luqman and the geng ke Muzium Alam Semulajadi yang terletak di Precint 15, Putrajaya. Lokasi Muzium ini betul-betul di tepi jalan, kalau masuk Precint 15 memang confirm akan nampak. Kali ini ada Pameran Buaya di muzium ini. Pameran ini akan berakhir pada 31 Januari 2012. Kepada ibu bapa yang ingin anak-anak mengenali dengan lebih dekat sang buaya ini jangan lepaskan peluang melawat muzium ini ye. Bayaran yang dikenakan hanya rm 2 untuk dewasa dan free untuk kanak-kanak.

Replika buaya ini betul-betul di depan muzium.

Di dalam muzium ini terdapat pelbagai haiwan yang telah diawet dan dipamerkan. Muzium ini 2 tingkat dimana tingkat bawah dipamerkan haiwan-haiwan hutan dan tingkat atas pameran buaya.
Inilah buaya adik-beradik bujang senang, buaya buaya ini telah diawet dan dibawa khas dari taman buaya sarawak untuk pameran.
Terdapat banyak jenis buaya dari buaya yang kecik sampai la yang besar.
Rangka ikan paus yang sangat besar.

Pelawat kecil dan kelawar
Luqman dan Sofea tengah meng-interview sang tenggiling
Lawatan di sini hanya 1/2 jam sahaja sebab muzium ini tidaklah sebesar mana tapi ini adalah satu tempat yang terbaik untuk memperkenalkan anak-anak dengan segala jenis haiwan.