Sejak ummi mula bekerja Januari lalu, Luqman dihantar ke Taska Ilsas yang terletak dalam kawasan UNI10. Sekarang dah genap 2 bulan Luqman berada di sini dan dia nampaknya semakin ceria dan pandai berkawan. Tapi tiap2 pagi ummi masih perlu berdepan dengan situasi drama ayer mata setiap kali sampai ke pintu taska.
Taska ini banyak aktiviti dan salah satu aktiviti ialah perarakan Maulidur Rasul oleh kanak-kanak yang ceria pada isnin yang lepas. Perarakan dimulakan pada jam 9 pagi dan hanya ambil masa 5 minit saja.. dekat je lebih kurang 10 meter je dari pintu taska tu tapi semua anak-anak memang excited dpt keluar taska..:)
Anak-anak yang berusia 3 dan 4 tahun telah di latih untuk berselawat ke atas Nabi dan berarak. Memang sangat terharu kerana seawal usia ini telah dilatih untuk berselawat.. yang 4 tahun sangat lancar melaungkan selawat.. Luqman dia pandai sebut Muhammad saja.. tak berapa lancar lagi.
Sekarang mari layan gambar-gambar yang diambil..
Depan taska..semua cari kasut masing2
Bila buka pintu taska..zass semua berlari menuju ke tempat permulaan perarakan
sessi mendengar taklimat dari cikgu..Luqman bersungguh2 mendengar