Thursday 24 February 2011

Perarakan Maulidur Rasul

Sejak ummi mula bekerja Januari lalu, Luqman dihantar ke Taska Ilsas yang terletak dalam kawasan UNI10. Sekarang dah genap 2 bulan Luqman berada di sini dan dia nampaknya semakin ceria dan pandai berkawan. Tapi tiap2 pagi ummi masih perlu berdepan dengan situasi drama ayer mata setiap kali sampai ke pintu taska.
Taska ini banyak aktiviti dan salah satu aktiviti ialah perarakan Maulidur Rasul oleh kanak-kanak yang ceria pada isnin yang lepas. Perarakan dimulakan pada jam 9 pagi dan hanya ambil masa 5 minit saja.. dekat je lebih kurang 10 meter je dari pintu taska tu tapi semua anak-anak memang excited dpt keluar taska..:)
Anak-anak yang berusia 3 dan 4 tahun telah di latih untuk berselawat ke atas Nabi dan berarak. Memang sangat terharu kerana seawal usia ini telah dilatih untuk berselawat.. yang 4 tahun sangat lancar melaungkan selawat.. Luqman dia pandai sebut Muhammad saja.. tak berapa lancar lagi.
Sekarang mari layan gambar-gambar yang diambil..
Depan taska..semua cari kasut masing2

Bila buka pintu taska..zass semua berlari menuju ke tempat permulaan perarakan

sessi mendengar taklimat dari cikgu..Luqman bersungguh2 mendengar

Perarakan bermula

Inilah kawan-kawan dan cikgu di taska Ilsas

Sekian

Sunday 20 February 2011

Sofea dah 5 bulan


Pejam celik pejam celik dah 5 bulan anak dara ummi ni. Sofea dah pandai meniarap..alhamdulillah...semoga Sofea membesar dengan sihat ..Amin

Naik Tren.. Putrajaya~KLIA

Assalamualaikum semua,

Hari cuti umum yang lepas Abi dan Ummi bawa Luqman dan adik Sofea naik train ERL dari Putarajaya ke KLIA. Ini kali pertama Luqman naik train, sebelum ni Luqman hanya tengok train kat TV cerita Thomas the Train dan Chuggington. Kami bertolak ke Putrajaya Sentral pada pukul 10am. Disini Abi parking kereta (parking hanya RM 2/entry) dan kami pun naik ERL ke KLIA. Tambang ERL untuk dewasa RM 12 pergi balik dan hanya RM6 untuk kanak-kanak.
Jadi kalau tak tahu nak kemana waktu cuti..apa kata bawalah anak2 naik ERL misti mereka enjoy :)


Putrajaya sentral car park....baru jer dibuka pada pertengahan Februari ..memang banyak parking

Bestnya naik train!!
Luqman dan adik Sofea
Seronokkan naik train ni?

Senyuman colgate :)
Main di taman permainan KLIA

Wow besarnya kapal terbang
Cakk aaaa

Posing dengan ummi

insyaAllah.. cuti akan datang kita naik bas pulak ye Luqman :)