Sunday, 5 January 2014

genius aulad ihtifal 2013

assalamualaikum semua
 
Alhamdulillah bertemu kembali dalam blog ini. kali ini nak berkongsi cerita mengenai ihtifal sekolah tadika luqman genius aulad yang diadalan pada disember tahun 2013. amatlah dah berlalu, tapi perlu dicoret kerana ini adalah antara kenangan yang terindah untuk luqman hakim pada usia 5 tahun. pada majlis ini luqman telah dijemput untuk mempersembahkan surah an-naba' di atas pentas pada permulaan majlis. ummi pulak yang gabra, tapi Alhamdulillah luqman dapat membaca dengan lancar walaupun suaranya agak perlahan. tahniah anak ummi. perjalanan masih jauh, doakan saya tabah untuk mendidik luqman menjadi seorg al hafiz dan ulamak untuk memartabatkan agama islam yang tercinta. 






Friday, 27 September 2013

Al Fatihah Kepada Ustaz Azizan

Al-Fatihah!!.. Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak disahkan meninggal dunia jam 11.10am 26 september 2013. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas beliau.

Thursday, 19 September 2013

Krabi 2012

Assalamualaikum semua My dear blog dah lama bersawang. Insya Allah akan di update selepas ini. gambar Krabi 2011 semasa pergi bersama sama keluarga.



Wednesday, 4 January 2012

Muzium Alam Semulajadi@ Putrajaya

Salam semua.

Entry kali ini, mengisahkan lawatan Luqman and the geng ke Muzium Alam Semulajadi yang terletak di Precint 15, Putrajaya. Lokasi Muzium ini betul-betul di tepi jalan, kalau masuk Precint 15 memang confirm akan nampak. Kali ini ada Pameran Buaya di muzium ini. Pameran ini akan berakhir pada 31 Januari 2012. Kepada ibu bapa yang ingin anak-anak mengenali dengan lebih dekat sang buaya ini jangan lepaskan peluang melawat muzium ini ye. Bayaran yang dikenakan hanya rm 2 untuk dewasa dan free untuk kanak-kanak.

Replika buaya ini betul-betul di depan muzium.

Di dalam muzium ini terdapat pelbagai haiwan yang telah diawet dan dipamerkan. Muzium ini 2 tingkat dimana tingkat bawah dipamerkan haiwan-haiwan hutan dan tingkat atas pameran buaya.
Inilah buaya adik-beradik bujang senang, buaya buaya ini telah diawet dan dibawa khas dari taman buaya sarawak untuk pameran.
Terdapat banyak jenis buaya dari buaya yang kecik sampai la yang besar.
Rangka ikan paus yang sangat besar.

Pelawat kecil dan kelawar
Luqman dan Sofea tengah meng-interview sang tenggiling
Lawatan di sini hanya 1/2 jam sahaja sebab muzium ini tidaklah sebesar mana tapi ini adalah satu tempat yang terbaik untuk memperkenalkan anak-anak dengan segala jenis haiwan.

Friday, 9 December 2011

Sofea @ 1 year old

Alhamdulillah Sofea dah genap 1 tahun pada 22/9/11. Sofea dah boleh berlari-lari dan sangat suka kacau abang Luqman tapi time abangnya tido je, time abang bangun dia yang kena kacau. Semoga Sofea terus membesar menjadi anak yang solehah. amin



An evening in Putrajaya

salam.

hujung minggu lepas macam boring pula duduk rumah jadi kami pun ambil keputusan untuk ke putrajaya. berbekalkan sebiji bola kami berangkat ke putrajaya selepas asar. wahh happening juga dekat dataran masjid putrajaya ni. ada anakJustify Full-anak yang berbasikal main kereta control dll.Luqman dan sofea pun seronok main bola kat sini sebab kawasan nya sangat luas. lain kali boleh datang lagilah.boleh bawa basikal pula..sapa nak join jomla :)

seronoknya luqman dan sofea
Kami solat magrib di masjid sebelum pulang kerana hujan yang sangat lebat di putrajaya. gambar kawasan masjid selepas waktu magrib.

Thursday, 8 December 2011

Terengganu Trip October 2011~ Muzium Terengganu

Salam to all

After a loooong break, now I am back to update my blog. Our family went to Terengganu end of October because ummi had to visit one of the Uniten's students undergone her industrial training in Dungun. Terengganu is very special to us, we love the islands, beaches and foods!! nasi dagang and keropok lekor are yummy. We had the opportunity to visit the largest muzium in Malaysia, the Terengganu State Museum. It is located at Kampung Losong just 15 minutes from Kuala Terengganu town. It was so big and the most special monument in this museum is Batu Bersurat of Terengganu. This museum was built because the government of Terengganu wanted to bring back the Batu Bersurat from Singapore Museum. Ticket for adult only RM5/person. Now lets enjoy the pictures:



View from the entrance.


so many steps, sakit kaki jugak nak memanjat tangga ni


Luqman is so happy, sekarang dah pandai buat peace



Naik train untuk melawat rumah tradisional dan maritim park


Sayang betul rumah ini dibiarkan kosong je, nampak pun dah buruk

It was a good trip to the museum but this museum is so big but it will be very beautiful and attractive if properly maintained.