Showing posts with label Sofea. Show all posts
Showing posts with label Sofea. Show all posts

Friday, 9 December 2011

Sofea @ 1 year old

Alhamdulillah Sofea dah genap 1 tahun pada 22/9/11. Sofea dah boleh berlari-lari dan sangat suka kacau abang Luqman tapi time abangnya tido je, time abang bangun dia yang kena kacau. Semoga Sofea terus membesar menjadi anak yang solehah. amin



Thursday, 5 May 2011

Sofea dah 7 bln



pejam celik pejam celik, sofea dah 7 bulan. sekejap saja masa berlalu. semoga sofea terus membesar dengan sihat dan kuat. sekarang sofea dah pandai meniarap dan menyulur. tapi habit yang paling tak dapet nak tolong ialah memasukkan semua benda dalam mulut. pantang jumpa apa apa pun atas lantai, mesti nak kutip masuk mulut..aiseh..kena sentiasa berjaga jaga. tak boleh biar mainan atau apa apa je yang kecik2 atas lantai.


sekian :)

Wednesday, 23 March 2011

Sofea dah 6 bulan


Pejam celik pejam celik Sofea dah 6 bulan tanggal 22/3 haritu.. patutnya dah boleh makan solid. Tapi tadi pi jab untuk 6 months, Dr Ar suruh tunggu sampai selsema Sofea baik dulu. Katanya start makan bila dia sihat.. baiklah Dr Ar.. tadi cucuk Sofea tak menangis pun.. good girl la Sofea..Semoga Sofea membesar dengan kuat dan sihat dan menjadi anak yang solehah ..aminnn

Sunday, 20 February 2011

Sofea dah 5 bulan


Pejam celik pejam celik dah 5 bulan anak dara ummi ni. Sofea dah pandai meniarap..alhamdulillah...semoga Sofea membesar dengan sihat ..Amin

Saturday, 9 October 2010

Nur Sofea bt Abdul Halim

Salam semua..

Alhamdulillah dengan ini diperkenalkan ahli keluarga kami yang terbaru, Nur Sofea binti Abdul Halim. Dilahirkan pada 22 September 2010 bersamaan dengan 12 Syawal 1431H di Hospital Pakar An Nur dan disambut oleh doktor peberet ummi Dr Fatimah Mustafah. Sofea dilahirkan seberat 3.25kg. Semoga Sofea menjadi seorang anak yang solehah.aminn.
15 minit selepas dilahirkan
Sofea dan Luqman

Luqman mengasuh Sofea, seronok betul Luqman dapat adik.