Monday, 19 September 2011

Luqman and Tonsilitis

gambar ini sama seperti throat luqman
gambar dari google.
salam semua
selamat hari raya kepada semua
hari ini nak update blog mengenai kesihatan luqman. sejak 2 hari lepas ada kelainan sikit dengan si luqman ni.
- nafas berbau agak busuk walaupun dah gosok gigi
-demam on and off
-tidur berdengkur dengan meleleh air liur
-hilang selera makan
-tak aktif seperti selalu
mula-mula ingatkan demam biasa jadi setakat bagi ubat demam saja. semalam sebab dia menangis dan tak mau makan, abi telah bawa ke klinik berhampiran rumah ni dan doktor bagi ubat kembung perut dan antibiotik, kononnya terdapat jangkitan bakteria dalam perut jadi nafasnya turut berbau.
Tapi biasala ummi, tidak begitu yakin dengan diagnosis doktor tersebut. pagi ni ummi terus pergi jumpa our peberet paed Dr Arbaiyah di hospital pakar annur. dengar je simptom2 tersebut terus doktor check tonsil dan memang tersangat terkejut ummi bila melihat tonsil luqman bengkak dan ada putih kat tepi2 macam ulser. patutlah luqman sangat tak selesa dan hilang selera makan kerana memang ternyata kalau nak telan makanan memang sakit. Simptom ini di namakan tonsillitis.
Lalu doktor pun prescribe antibiotik augmentin dan oral aid untuk dititis ke dalam kerongkong.
kata doktor insyaAllah kalau semua ok by jumaat luqman akan kembali normal...amin
semoga pengalaman ummi ini dapat membantu ibubapa yang menghadapi masalah yang sama. sekian terima kasih

2 comments:

beloglebah said...

anak bira yg sulong, nu'man, mmg ada tonsil sejak kecik lagi..mmg tiap-tiap bulan mesti demam dalam seminggu..cubalah minum minyak kelapa, InsyaAllah..bira bagi tue sbb kesian kat dia, asik mkn antibiotik jer..

transformed housewife said...

anak sy Fathini pun baru kena tonsilitis ni. Demam seminggu juga sampai kurus kering.