Friday, 7 January 2011

Back to Work

Salam semua..

Cuti panjang ummi telah habis dan sekarang ummi telah mula bekerja di sini kembali..

Masuk kerja pada 3/1/2011, terus dapat load untuk lab power electronics ini.. Lab ni masih seperti dulu walaupun telah ditinggalkan 2 tahun.. tiada perubahan.. equipment masih yang lama dan aircond masih tak berfungsi ..berpeluh ketiak makcik especially kalau lab pukul 2pm..
Rutin harian pun dah berubah.. sekarang tiap tiap hari bangun 530am. Pastu solat, mengepam susu untuk Sofea, goreng nasi (kalau rajin) dan breakfast. Pastu angkut Luqman dan Sofea naik kereta off we go..

Luqman sekarang masuk nursery ILSAS dan Sofea pula ummi hantar kat pengasuh di uniten. Keluar kerja pula 515pm, berpusing ummi satu Uniten ambik Luqman, Sofea dan tapau makan. Sampai rumah dah 630pm..pastu bermula pula sessi basuh baju , basuh botol dan lain2 lagi kerja yang memang tak dapat disenaraikan.. Rindu pula zaman2 waktu jadi full time housewife dulu hehe.. tapi sekarang pun best juga dapat jumpa balik kawan-kawan dan brush up balik kepala yang dah berkarat ni.. semoga dikuatkan semangatku untuk menjadi seorang pekerja berdedikasi dan isteri dan ummi yang sempurna.. amiinn

6 comments:

Neny said...

hohoho....cemana ek kembali bercuti setelah 2 thn bercuti?

at least u have job waiting, i dont know i will get a job or not bila balik nanti.

Go supermom!

transformed housewife said...

U'll get use to it again Cik Ma. nanti kejap jer pejam celik pejam celik dah masuk sthn. Aku pun dah masuk 8 bln dah mula kerja balik lps 3 1/2 thn.

The Juggling Queen said...

agree with kak nor. me, after 5 years.. horror! macam baru start keje fresh, sabar je...

ummu faqeh said...

alhamdulillah..bestnyer dah start kerja..nak kena arrange masa elok2 tuh..insya Allah..do ur best super mama!!!

Mother of Two said...

one day bleh lunch sama...dah dekat sgt dah tu

Nur-nba said...

Selamat kembali bertugas..