Saturday 25 December 2010

Malang tak berbau..


Cerita ni dah jadi sebulan yang lalu:

Malang tak berbau..itulah yang berlaku..

Pada 27/11/10, kami sekeluarga bertolak pulang dari kedah ke kl selepas bercuti untuk raya haji. Oleh sebab ummi dah nak mula bekerja pada Januari 2011 kami mengambil keputusan untuk bawa balik wira milik ummi yang dah 2 tahun ditinggalkan di perlis.. oleh itu pada hari nak balik tu, ummi pun drive perdana milik abi bersama tok siti yang jaga sofea kat belakang. Manakala, abi dan luqman naik wira. Kami bertolak pukul 11 am dari alor setar.


Dipendekkan cerita, kami tiba di KL pada jam 430 ptg dan hujan turun dengan renyai renyai .. macam biasa bila hujan mula la jem . Bila sampai di highway sg.besi menuju ke bangi, lepas je bangunan nirvana memorial tu tiba2 kereta myvi depan kereta ummi brek dengan mengejut ..apa lagi ummi jugak terus brek dan cuba mengelak kereta depan. Tapi dah terlambat, ummi telah melanggar bahagian belakang kereta depan dan terlajak pula ke tepi jalan dan melanggar sebuah kereta wira di tepi jalan yang dah terlibat dalam kemalangan sebelum tu.
Alhamdulillah Sofea dan tok selamt tapi Sofea menangis mungkin sebab terkezut..
Banyak betul prosedur yang nak di buat bila dah accident, nak pi balai polis di jalan petaling satu hal dengan jem nya hujan nya.. lepas buat report dekat kaunter kena pula naik jumpa sarjan untuk beliau sahkan repot dan kena berurusan pula dengan orang yang nak hantar kereta ke bengkel. Last2 kami selamat sampai ke rumah pada pulul 1o malam..memang hari yang memenat kan..
Alhamdulillah kereta perdana tu siap dalam masa 2 minggu saja sebab tak melibat kan enjin..
Selepas accident tu Luqman asik dok ulang ayat "car abi oshak" kat semua orang..walaupun sekarang kereta dah elok luqman tetap berkata "car abi oshak" "car abi oshak" hehe..lawak betul la Luqman Hakim ni

5 comments:

transformed housewife said...

salam Cik Ma,

Bln depan masuk kerja balik kat mana? Anak2 nanti sapa jaga?

Neny said...

oh, alhamdulilah semua selamat...hang dok mana cik ma? Puchong ka?

nana said...

uish.. alhamdulillah semua selamat. tk de cedera apa2.. kalau eksiden kat sini mmg lah sgt leceh.. byk beno prosedur nye.

dulu aku eksiden kt hway pun sama (myvi langgar bumper wira lama WJY tuh). deal dgn minah tu jgn report (sbb klu report kena bayo rm300 both parties). lps seminggu kitaorg contact balik sbb nak gi baiki bumper tu, baru tau minah ni pegi report polis sbb dia takut.. aparaa.. last2 aku pun kena report gak sbb nk claim insurance (since tukang langgar tk mau bayar). sangat menyampah. masa eksiden tu, nabilah baru masuk 3 bulan kot..

ummiluqman@azma said...

nur: luqman hantar nursery, sofea pula hantar org ngasuh

neny: dah pindah puchong nnti awak balik bole kita jumpa ramai2

nana: mmg la lecehnya..kesian kat baby kena bawa ke hulu ke hilir sampai malam baru la selesai.. alhamdulillah lepas tu dia tak cranky ..syukursemua selamat

nurmisnan said...

oh dear.. malang dah nak bau
so sekarang keta dah siap ker repair??

lain kali must be careful dan follow jauh sikit
agar sempat brek