Sunday, 10 January 2010

Ambassador Cup Round 2- Dubai

Salam.

Jumaat lepas kami sekeluarga bersama angkatan pemain pemain volleyball Abu Dhabi telah berkampung di Al Ahli Club Dubai untuk pusingan ke 2 Ambassador Cup 2010. Kami bertolak pukul 645 pagi dari Abu Dhabi dan sampai lebih kurang pukul 815 pagi. Seperti biasa Abu Dhabi berjersi kuning, Dubai merah dan Ras al Khaimah berbaju biru.
Meriah betul Al Ahli Club dengan ada gerai-gerai menjual nasi lemak, nasi rendang dan murtabak juga.

Kali ni Abi main volleyball mewakili Abu Dhabi dan ummi pula brsukaneka lari kaki tiga. Semua orang tak kira menang atau kalah dapat hadiah.. tu yang best . Luqman pun dapat hadiah cap dari sponsor.. syok. Sekarang mari kita layan gambar

Pingat yang menjadi rebutan semua

Come on Abu Dhabi .. Abu Dhabi -Ras Al Khaimah penyokong setia Abu Dhabi
Kanak kanak beratur ambil hadiah topi
Abu Dhabi 1 menentang Dubai 1. Abu Dhabi menang
Pasukan lari kaki 3, bergambar bersama CG masa penyampaian hadiah.. dapat no 3 tu don't play play
Angkatan dari Abu Dhabi bergambar selepas jadi Johan kumpulan 1

Sekian laporan bergambar untuk kali ni.. bye bye

4 comments:

mother of two said...

patutlah menang.. luqman jadi pompom boy..insyallah kalau tiada aral melintang kami ke abu dhabi pulak.

ummiluqman said...

Kami tunggu angkatan Dubai ke Abu Dhabi.. dtg jgn tak dtg..ps ada bawa cekodok tak nanti :)

kakyong said...

tu seme malaysian ke?

ummiluqman said...

ye kak yong semua malaysia dr serata ceruk UAE