Jumaat lepas kami sekeluarga bersama angkatan pemain pemain volleyball Abu Dhabi telah berkampung di Al Ahli Club Dubai untuk pusingan ke 2 Ambassador Cup 2010. Kami bertolak pukul 645 pagi dari Abu Dhabi dan sampai lebih kurang pukul 815 pagi. Seperti biasa Abu Dhabi berjersi kuning, Dubai merah dan Ras al Khaimah berbaju biru.
Meriah betul Al Ahli Club dengan ada gerai-gerai menjual nasi lemak, nasi rendang dan murtabak juga.
Kali ni Abi main volleyball mewakili Abu Dhabi dan ummi pula brsukaneka lari kaki tiga. Semua orang tak kira menang atau kalah dapat hadiah.. tu yang best . Luqman pun dapat hadiah cap dari sponsor.. syok. Sekarang mari kita layan gambar
Pingat yang menjadi rebutan semua
Sekian laporan bergambar untuk kali ni.. bye bye
4 comments:
patutlah menang.. luqman jadi pompom boy..insyallah kalau tiada aral melintang kami ke abu dhabi pulak.
Kami tunggu angkatan Dubai ke Abu Dhabi.. dtg jgn tak dtg..ps ada bawa cekodok tak nanti :)
tu seme malaysian ke?
ye kak yong semua malaysia dr serata ceruk UAE
Post a Comment