Thursday, 11 February 2010

Balik Kampung January 2010

Salam,


Lama betul mendiamkan diri, bukan apa kami sefamili baru saja balik bercuti tapi sebelum bercerita pasal percutian, nak cerita dulu pasal balik kampung tempoh hari.
Januari lepas Luqman balik kampung dengan Ummi saja sebab Abi tengah sibuk nak closed up projek. Jadi terpaksa lah Ummi travel dengan Luqman buat pertama kali, nasib baik Luqman begitu baik sekali di dalam flight, Alhamdulillah..

Chelah dan tok jemput Luqman di KLIA dan kami stay di Bangi selama 3 hari, tapi ummi tak sempat nak berjumpa kawan kawan sebab banyak sangat hal nak kena settle...buat passport, jumpa dentist dan lain lain lagi.

Lepas Bangi, kami singgah pula di Penang melawat sepupu-sepupu Luqman. Luqman seronok jumpa Che Ina, abg Aiman, abg Afiq dan Abg Ismul tapi tak sempat jumpa abg Haziq yang duduk di asrama. Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Kedah. Di Kedah, kami sempat bershopping di Alor Star Mall dan jumpa sepupu Luqman sorang lagi, Amirul.

On the way balik ke Penang, Luqman terjumpa pula dengan gadis gadis Syria di Hentian Sg Perak. Seronoknya main..

Sampai Penang terus main dengan abang Ismul Hari dah pagi, tok nak hantar abang abang ke sekolah.
Ini Amirul sepupu Luqman di Kedah Kemudian, Luqman balik Perlis jumpa tok dan jumpa adik Aufa buat pertama kali! Luqman sungguh seronok melayan dan main dengan Aufa. Nanti kalau Aufa dah besar boleh la Luqman main kejar2 dengan Aufa ya.

Muah adik Aufa.. Sekarang Luqman pula nak mandi.. yeeah yeah
Adik Aufa jom la kita tido.. Luqman nak tolong tok tapi macamana nak guna benda ni ya? Tok..Luqman nak tolong tok siram pokok bunga
Sepuluh hari di kampung terasa cepat sekali, Luqman dan Ummi dah kena balik ke Abu Dhabi. Ami Najib dan Mama Mala hantar kami di KLIA, Luqman sempat juga jumpa Abdullah dan kakak Salma sepupu sebelah ummi. Tapi Luqman tak berapa ngam dengan Abdullah pula, kenapa ya? Luqman asyik nak tolak tolak Abdullah dan Abdullah pula cepat je nak menangis..lain kali kawan baik baik naa..
Bestnya balik kampung, dapat jumpa ramai saudara mara, insyaAllah panjang umur nanti kita jumpa lagi.. Luqman rindu kat tok tok..

6 comments:

DNNA said...

Salam che ma,

Laaa, hang balik mesia ke??? Tapi, awat sat ja?? Bila lagi nak balik sini lagi??

Aisehhh, hidung luqman very the mancung la, nak ... Auntie tertawan!! hehehehehe ...

temp. housewife said...

Ramai ye cousins Luqman. seronok tengok gambar2 Luqman kat kg tu.

:Nana: said...

mak aii.. mmg packed jadual korang ye.. hehehe.. next time kena balik lama sikit lah, baru habis jalan2. hehe.

Oyis said...

wahhh bestnya, even utk 10 hari pon.... at least terubat rindu jg..

mcm mana ek nak kasi budak2 diam atas flight? kitaorg ada plan nak balik msia soon, tp risau jg sejak aisyah dah bole jalan ni kang x mo dia duduk. dah la x dpt seat kan budak2 under 2 years old, kena pangku. pengsan la gini gayanya huhu... sebarang tips dialu2kan.

ummiluqman said...

Dian, balik sekejap je sbb nak renew passport dan buat urusan penting.insyaAllah nanti balik lagi.

Nur. memang best sangat jumpa ramai cousin.

nana: ha tu la pasal tak sempat nak berehat pun tapi apa apa pun b est

oyis: tipsnya, sebelum naik flight pastikan diorg kenyang mkn, tukar pampers dan diorg penat dah main main.. pastu naik flight terus tidoo zz.. alhamdulillah.. hrtu balik flight tk full jd request seat kosong kat sebelah. luqman dah panjang tak leh tido dlm bassinet

Oyis said...

oo gitu ye. tp tu la, harap2 flight x penuh. susah jg sbb heathrow-KLIA slalunya penuh aje. doakan utk kitaorg moga2 dipermudahkan urusan dan selamat semuanya ye..