Monday, 14 December 2009

Luqman Berenang @Sharjah

Salam semua,

Kali ni Luqman nak bercerita pengalaman pertama berenang di kolam renang di rumah Auntie Zu di Sharjah. Kolam renang ni sangat best dan besar. Sekarang mari layan gambar-gambar yang sempat di snap oleh Ummi dan Abi.

Mula-mula Luqman duduk dalam pelampung baru ni, tapi bila dalam pelampung ni rasa pergerakan terbatas, jadi macamana nak berenang gaya bebas. Sekarang pelampung tolak ke tepi, Abi nak ajar Luqman berenang kuak lentang
Mula mula kocak kocakkan kaki, best macam ni dapat terapung dalam air yang sejukk...
Sekarang Ummi pula pegang Luqman dan ajar renang gaya bebas.
Seronok sangat..
Luqman siap selam muka ke dalam air, banyak jugak telan air kolam ni.
Inilah bakal scuba diver junior, nak join Abi untuk next scuba diving trip.. dimana ya? Sipadan?
Ini video yang sempat dirakamkan
video
Sekian saja laporan aktiviti renang untuk kali ni, nanti Luqman nak pergi berenang lagi nak practice untuk ambil lesen scuba. Nanti besar boleh Luqman ikut Abi dan Ummi scuba diving.

5 comments:

Confession of a Coffeeholic Mama-Miya said...

wah wah..syok mandi..tak melalak ke bila bwk naik? kalau miya mau bingit telinga kita.

ummiluqman said...

haha..memang pun..dah siap salin baju pun macam nak terjun lagi dalam kolam tu

unlisted_one said...

salam kenal ya ummiluqman..

seronok Luqman dpt mandi ye, i dari dulu nak bwk baby mandi kat swimming pool, tak bwk2 jgk..huhu..

Oyis said...

best nya la kat abu dhabi... mesti x pelik kan mandi pakai suit penuh dan bertudung kan. saya kat sini belom ada 'keberanian' nak pegi bertudung sorg2, sbb sini area mat salleh semata. tgk la mcm mana nnt

ummiluqman said...

oyis nanti kalau lapang dtg la berenang di sini.

unlistedone.. salam kenal dari abu dhabi