Luqman's hobby is reading and his favourite book is Baby's World, a gift from Dhiya and Liya on Luqman's first birthday.
Tuesday, 30 March 2010
Thursday, 25 March 2010
Beautiful Blogger Award
Dah lama tak dapat award, hari ni dapat award beautiful blogger la pula, thanks to Nur dan Irma for this award. Tapi nak ambil award ni ada syarat la pula:
1. Thank and link the person that give the award.
Terma kasih ya Nur dan Irma, semoga persahabatan berkekalan abadi :)
2.Pass this award to 15 other bloggers that you've recently discovered and think are fantastic:
Dian, Nana, Neny, Ira, Mis, Paji, Syigim, Kak Yong, Nur Misnan, Ummifaqeh, Oyis, Fida
4. State 7 things about yourself:
1. seorg yang simple
2. suka jalan jalan
3. mudah berkawan
4. makanan kegemaran laksa
5. suka tgk hindustan
6. cita cita: nak habiskan amik lesen scuba diving balik malaysia nanti :)
sekian...
Tuesday, 23 March 2010
Jordan - Part 5
Jerash, Hadrian's Arch. Ini pintu masuk ke kota Jerash, selepas masuk terus nampak Hippodrome di sebelah kiri.
Performance ala-ala gladiator at Hipprodrome.
Sunday, 21 March 2010
Tanah Palestin..milik siapa?
Sesampainya ke Hebron, baginda telah berkahwin dengan Siti Sarah manakala Nabi Lut a.s telah melanjutkan perjalanannya ke Kota Sodum (tapak laut mati sekarang).
Nabi Ibrahim kemudiannya ke Mesir. Selepas beberapa ketika di Mesir, maka Nabi Ibrahim kembali ke Hebron. Sekembalinya ke Hebron baginda berkahwin pula dengan Siti Hajar.
Dari Siti Hajar lahirlah Nabi Ismail dan dari Siti Sarah lahirlah Nabi Ishak.
Nabi Ishak masih tetap di Hebron. Baginda kemudiannya berkahwin dengan Rifqah (Rebecca) dan mendapat anak bernama Ya'kub.
Selama beberapa keturunan mereka di sana, menjadikan mereka menguasai Mesir dan bersikap sombong. Bangsa Qibti yang memang berasal dari Mesir ini akhirnya menjadikan mereka hamba. Semakin hari semakin tertekan hinggalah sampai zaman firaun dan Nabi Musa. Nabi Musalah yang membawa 12 suku Bani Israel keluar dari Mesir dan menuju ke Palestin dengan melalui Jordan. (Sila baca kisahnya semasa mengenai Mount Nebo). Allah menyatakan di dalam Al Quran yang Bani Israel akan mentap di tanah suci ini dengan aman.
Nabi Musa wafat sebelum sempat membawa Bani Israel masuk ke Palestin. Setelah beratus tahun, misinya diteruskan oleh anak muridnya Nabi Yusyak (makamnya ada di Jordan). Ketika itu Palestin telah ada penduduk asal iaitu bangsa Kan'an. Bangsa inilah penduduk asal Palestin.
Mereka semua duduk aman damai hinggalah mereka ditindas oleh seorang penguasa jahat bernama Jalut. Bani Israel melalui Nabi mereka bermunajat pada Allah supaya diutuskan seorang pemimpin, maka Allah mengutuskan seorang pemimpin bernama Talut. Berperanglah keduanya. Orang yang dapat membunuh jalut ialah seorang keturunan Israel bernama Nabi Daud.
Bagi mengenang jasa, Nabi Daud telah berkahwin dengan anak Talut. Ketika Talut meninggal, maka Nabi Daud menaiki tahta dan Nabi Daud merupakan raja pertama bagi Bani Israel. Kerajaan ini diganti oleh anaknya Nabi Sulaiman. Pada tahun 967 s.m (sebelum masihi), Nabi Sulaiman mendirikan istananya yang besar untuk semua beribadah kepada Allah.
Selepas kewafatan Nabi Sulaiman, maka tahta ini diganti oleh keturunan Bani Israel hinggalah tahun 586 s.m apabila kota Jerusalem dihanguskan oleh seorang raja bernama Nabuchatnizar dari Iraq. Raja ini juga telah menghancurkan istana Nabi Sulaiman. Dari tahun ini, Bani Israel tidak mempunyai kuasa hinggalah Rom menawan mereka.
Pada tahun 37 s.m, Rom telah melantik wakilnya dari Bani Israel iatu Raja Herod untuk membantu memerintah Palestin. Ketika inilah Raja Herod membangunkan kembali Istana Sulaiman. Ketika kelahiran Nabi Isa, Raja Herod cuba membunuh Nabi Isa kerana berpendapat bahawa Isa akan merampas tahtanya ketika besar nanti. Nabi Isa dilarikan ke Mesir selama dua tahun dan kembali ke Palestin setelah Raja Herod mati. Herod digantikan oleh anaknya iaitu Raja Herod Agripa dan terjadilah peristiwa pembunuhan Nabi Zakariya, Yahya dan pemburuan Nabi Isa. Nabi Isa kemudiannya diangkat Nabi Isa ke langit.
Sebagai kehinaan dari Allah, pada tahun 70 m (masihi) Rom telah menyerang dan menghancurkan Jerusalem. Sejak tahun 70 m inilah, Bani Israel keluar dan duduk di merata-rata tempat. Mereka tidak berani untuk datang ke Palestin kerana takutkan Rom.
Mereka menunggu kedatangan Nabi akhir zaman yang diisyaratkan lahirnya dibumi Tihamah iaitu tanah rendah yang banyak pokok tamar. Mereka mencari di mana Tihamah ini. Akhirnya, mereka berpendapat Tihamah ialah Madinah Munawwarah. Pada ketika itu nama tempat ini ialah Yathrib. Bani Israel beramai-ramai pindah ke Madinah, beranak pinak di sana kerana mengharapkan Nabi akhir zaman lahir dari Bani Israel. Rupanya Allah menghendaki bahawa nabi akhir zaman lahir dari bangsa Arab dan lahirlah Nabi Muhammad s.a.w junjungan kita di bumi Mekah. Nabi Muhammad adalah dari keturunan Nabi Ismail.
Sebahagian besar Bani Israel menolak kenabian Muhammad saw dan bagi mereka yang tidak beriman inilah, digelar oleh Allah sebagai Yahudi. Kemuncak penentangan mereka ialah apabila mereka cuba mengkhinatai Nabi saw dan akhirnya mereka semua diperangi dan keluar dari Madinah.
Yahudi duduk bersepah-sepah. Mereka hanya kembali ke Palestin pada tahun 1187 m apabila Salahuddin al-Ayubi mengalahkan tentera Salib. Istana Sulaiman yang dihancurkan pada tahun 70 m ini habis dan hanya tinggal sekeping tembok (walling wall) sekarang menjadi tempat ibadah mereka.
Propoganda untuk menubuhkan negara Israel telah bermula dihujung kurun ke 19 dan akhirnya dengan bantuan British, pada tahun 1948, negara Israel telah ditubuhkan.
Dari rentetan sejarah ini, jelaslah bahawa, Israel hanyalah pendatang. Palestin bukan tanah asal mereka. Bangsa Kan'an (orang Palestin sekarang) adalah penduduk asal tanah ini.
Mereka sedang berusaha menipu sejarah dengan menyatakan bahawa merekalah penduduk asal tanah ini.
Walau apa pun, kesombongan mereka menyebabkan mereka menganggap bangsa lain adalah setaraf binatang. Mereka menganggap mereka bangsa pilihan, mereka menganggap mereka dijadikan khas oleh tuhan dan merekalah satu-satunya bangsa yang boleh menegur tuhan.
Sesungguhnya, al-Quran menyatakan bahawa, orang yang paling mulia ialah orang yang paling bertaqwa. Mulia tidak terletak kepada keturunan. Ia terletak kepada iman di dada. Walau apa bangsa dan keturunan pun, jika beriman, maka mereka mulia di sisi Allah.
Ini buku kanak kanak mengenai kisah kisah Nabi dari Goodwordbooks tapi saya suka baca buku ini sebab bahasa yang mudah dan ada gambar tempat tempat yang bersejarah.
Tuesday, 16 March 2010
Jordan - Part 4
Islamic history of Dead Sea:
Dead Sea once was known as Sodom city the land in which Prophet Lut lived. The people in the town considered wicked for their acts of homosexuality. Allah punishment's arrived when two angels in the form of handsome men were sent down by Allah as guests for Lut to host. When Lut's people heard of the men, they rushed to Lut's house with their explicit intentions and asked Lut to turn over these men to them.
Big breakfast at Dead Sea Valley Marriot Hotel and we were so lucky to meet Mr Chef. He is a Palestinian, just across the sea but he never been to Palestine... It was named Dead Sea because no life possible in the sea due to high salt and mineral contents in its water. Dead Sea is the lowest point on earth and nobody can't sink in it.
I want to swim it was too cold Happy boys in action Family picture Semoga kita boleh mengambil iktibar daripada kisah-kisah dahulu..
Sunday, 14 March 2010
New Hair Cut
Sebelum proses..rambut agak berserabai dan kerinting. Walaupun disikat tetap tak kemas
Dalam proses...Tips: Tiap2 kali nak gunting rambut pasang la DVD Geng Pengembaraan Upin dan Ipin. ps: Abaikan pemandangan background yang berselerak tu
Selepas.. Yeay dah hensem dah..lagi kemas dan bergaya
Sekian saja kali ini..
Soalan: start umur berapa kalian bawa anak kalian ke kedai gunting? ke kalian juga gunting rambut sendiri..
Tuesday, 9 March 2010
Jordan - Ashabul Kahfi
Di Jordan kami juga berkesempatan menziarahi Gua Ashbul Kahfi yang terletak di atas bukit. Kawasan tersebut dikenali sebagai Abu Alanda dan agak terpencil..sesat juga nak mencari tempatnya. Terdapat pandangan yang mengatakan bahawa kisah ini berlaku di Turki, Jordan, Syria, Arab Saudi dan Sepanyol. Tetapi lokasi yang paling kuat yang mempunyai ciri-ciri gua seperti diceritakan di dalam Al Quran ialah di Abu Alanda, Jordan.Masih ingat kisah Ashabul Kahfi?
Ashabul Kahfi adalah satu kisah di dalam Al Quran dalam Surah Kahfi mulai ayat 9 hingga 26. Ayat di dalam Surah tersebut menceritakan bagaimana 7 orang pemuda yang beriman kepada Allah melarikan diri ke sebuah gua dan Allah menidurkan mereka selama 309 tahun Qamariah (300 tahun Shamsiah) sehingga mereka tidak dapat dibangunkan oleh suara apa sekalipun.
Menurut ahli sejarah, kisah ini berlaku pada zaman sebelum kedatangan Islam. Asalnya penduduk negeri itu beriman kepada Allah dan beribadat mengesakanNya. Namun keadaan berubah selepas kedatangan seorang raja bernama Diqyanus. Raja ini menganut fahaman kufur/berhala dan ia memaksa rakyat di bawah pemerintahannya supaya murtad dari agama Allah yang dibawa Nabi Isa a.s. dan bertukar kepada agama kufur/berhala yang dianutinya. Rakyat yang takut dengan ancaman dan siksaan raja itu terpaksa akur dengan arahan yang zalim itu.
Namun tujuh pemuda beriman tadi tidak mahu tunduk dengan tekanan raja kafir itu. Mereka tetap teguh mempertahankan aqidah mereka walaupun menyedari nyawa dan diri mereka mungkin terancam dengan berbuat demikian. Akhirnya mereka dipanggil mengadap raja itu. Di hadapan raja yang zalim itu, mereka dengan penuh berani dan bersemangat berhujjah mempertahankan iman dan prinsip aqidah ilahi yang mereka yakini.
Walaupun tidak mampu menjawab hujjah-hujjah yang mantap dari pemuda-pemuda beriman ini, raja yang kufur dan zalim itu tetap berkeras mahu mereka murtad dari agama mereka. Ia memberikan tempoh beberapa hari kepada mereka. Jika selepas tempoh itu pemuda-pemuda ini tetap berkeras, maka mereka akan dimurtadkan secara paksa atau akan dibunuh.
Kerana sayangkan aqidah dan agama mereka, pemuda-pemuda ini bermesyuarat sesama mereka untuk mencari keputusan yang muafakat; apakah tindakan yang sepatutnya diambil untuk mempertahankan diri dan juga agama mereka? Akhirnya mereka memutuskan untuk lari bersembunyi dan berlindung di dalam gua di kawasan pedalaman.
Inilah pintu masuk gua, kami sampai terlewat pintu dah ditutup.. tapi alhamdulillah masih berpeluang menziarahi gua ini Mereka sampai di satu gua dan tertidur didalamnya selama 300 tahun. Walaupun mereka tidur amat lama dan tanpa makan dan minum, tetapi dengan kuasa Allah, badan dan jasad mereka tidak hancur dan musnah.Ketika mereka bangun mereka sendiri tidak menyedari bahawa mereka tidur dalam jangka masa yang amat lama. Mereka menyangka mereka hanya tidur dalam masa sehari atau separuh hari sahaja.
Apabila mereka bangun, “Berkatalah salah seorang di antara mereka: "Sudah berapa lamakah kamu berada (di sini?)". Mereka menjawab: "Kita berada (di sini) sehari atau setengah hari….”. (al-Kahfi: 19)
Allah mendedahkan perihal pemuda-pemuda ashabul kahfi itu semasa wakil mereka itu datang ke kota hendak membeli makanan. Ia merasa hairan melihat keadaan kota dan penduduknya berubah sama sekali. Penduduk kota pula merasa hairan melihat keadaan wakil itu dan mereka semakin syak apabila mereka melihat wang perak yang dibawanya ialah wang zaman dahulu yang sudah tidak laku lagi. Ia dituduh menjumpai harta karun lalu dibawa mengadap raja yang beriman dan mengambil berat hal agama.
Setelah mendengar kisahnya, raja dan orang-orangnya berangkat ke gua ashabul kahfi bersama wakil itu, lalu berjumpa dengan pemuda-pemuda itu sekeliannya dan mendengar kisah mereka. Sejurus kemudian pemuda-pemuda itu pun dimatikan Allah sesudah memberi ucapan selamat tinggal kepada raja yang beriman itu dan orang-orangnya.
Matahari terbenam. Pemandangan dari atas gua . Terdapat satu lubang dari atas gua ini dan menurut pandangan, pemuda-pemuda itu terbangun disebabkan cahaya matahari yang masuk kedalam gua melalui lubang tersebut. Masjid yang terdapat di sebelah gua Ashabul Kahfi
Pemuda pemuda ini adalah manusia yang sangat hebat dan teguh iman, semoga kita dikurniakan zuriat yang hebat seperti mereka..aminn
Monday, 8 March 2010
Bazar Malaysia & Jalan2 di Dubai
From top left, laksa yang yummy..beli terus makan, Luqman met Dhiya and Eiliyah, Ummi and Syigim, Luqman kena marah dengan auntie baju hitam sebab main benda benda art dia
Oh ya, in the morning, we went to one of the shopping malls in Dubai, Wafi. It is a beautiful place with and one thing special about Wafi is it has authentic souq inside the mall, known as Khan Murjan Souq. There are many traditional shops where we can get crafts and Arab arts with nice decoration from across the Arab worlds. But as usual we did not buy anything hehe.
Top left, variety of traditional lamps, magical coloured ceiling.
Top left, we went to Burj Khalifa, the tallest building in the world and enjoyed the night view, then we went to Dubai Mall to see the dancing fountain, the restaurant at Khan Murjan, Wafi and a beautiful masjid near Burj Al Arab.
Thursday, 4 March 2010
Jordan - Part 3
On the 3rd day, we had the opportunity to visit Petra, the most amazing place that I have ever seen. Before that let me tell some history and story about Petra.
Petra adalah kawasan tinggalan ummat Nabi Salleh a.s iaitu kaum Tsamud. Seperti mana yang kita tahu bahawa kaum Tsamud memang dianugerahkan oleh Allah kepakaran dan kemahiran memahat gunung untuk dijadikan istana dan penempatan mereka seperti yang disebut dalam surah al Araaf ayat 74.
Petra is also known as the Lost City, after 14th century Petra was completely lost to the western world. It was rediscovered by a Swiss traveller in 1812.
Another monument
The Royal Tombs Petra is really a huge city, located in the middle of the deserts and surrounded by mountains. One day is not enough to discover all the monuments in this rose red city.
Jumpsac SSC best!
Sampai di depan Khaznah (treasury) Luqman dah tertidur, tapi lupa pulak nak attach sleeping hood tu, kekok sikit sebab first time guna
Still sleeping, the hood is attached, sekarang ummi dah hands-free