Sunday, 21 March 2010

Tanah Palestin..milik siapa?

Salam semua,

Hari ini baru saja lepas menonton siaran berita AlJazeera, sungguh geram dengan Yahudi jahanam yang menyerang dan membunuh rakyat awam tanpa belas kasihan. Yahudi memang tak berhati perut, merampas tanah orang dan membina negara sendiri di tanah kepunyaan orang lain.

Sebelum ini saya sendiri tertanya-tanya mengapakah Yahudi sanggup berhempas pulas merampas dan membina negara di Bumi Palestin ini? Saya juga keliru adakah kaum Yahudi ini ialah Bani Israel yang disebut-sebut di dalam Al Quran? Adakah Bani Israel ini keturunan Bani Arab juga? Keliru sungguh walaupun sebenarnya sejarah Islam telah diajar di sekolah dulu tapi memori ini ingat-ingat lupa pasal kisah kisah Nabi dan sejarah Islam.. isk isk. Perjalanan kami kebumi Mesir dan Jordan membuatkan saya minat untuk membaca kembali kisah-kisah sejarah Islam ini. Sekarang kekeliruan dah terjawab bila terbaca kisah di dalam blog Ustaz Al Amin dan saya ingin berkongsi ilmu dengan semua pembaca..

Ini ialah kisah dari pembacaan dalam buku dan blog Ustaz Al Amin.

Kita mulakan dengan kisah hijrahnya Nabi Ibrahim a.s ke Hebron yang terletak di Palestin dari Iraq. Baginda datang ke Hebron dengan sepupu baginda Nabi Lut a.s. Mereka berdua adalah ahli perniagaan yang berjaya.

Sesampainya ke Hebron, baginda telah berkahwin dengan Siti Sarah manakala Nabi Lut a.s telah melanjutkan perjalanannya ke Kota Sodum (tapak laut mati sekarang).

Nabi Ibrahim kemudiannya ke Mesir. Selepas beberapa ketika di Mesir, maka Nabi Ibrahim kembali ke Hebron. Sekembalinya ke Hebron baginda berkahwin pula dengan Siti Hajar.

Dari Siti Hajar lahirlah Nabi Ismail dan dari Siti Sarah lahirlah Nabi Ishak.

Nabi Ismail kemudiannya dibawa ke Mekah bersama ibunya. Siti Hajar ditinggalkan di kawasan padang pasir dengan anaknya Ismail. Masih ingat cerita Siti Hajar berlari lari anak sebanyak 7 kali di antara Bukit Safa dan Marwah untuk mencari air? Bila beliau pulang ke tempat Nabi Ismail, beliau terkejut melihat air keluar dari tempat tapak kaki Ismail menendang dan inilah air Zamzam dan kawasan ini kemudian menjadi kawasan penempatan yang subur, Dari keturunan Nabi Ismail inilah lahir bangsa Arab.

Nabi Ishak masih tetap di Hebron. Baginda kemudiannya berkahwin dengan Rifqah (Rebecca) dan mendapat anak bernama Ya'kub.

Nabi Yaakub berkahwin dengan Liqiyyah (Liyah) mendapat anak seramai 12 orang yang akhirnya dinisbahkan 12 suku Bani Israel. Anak-anak Nabi Yaakub termasuklah Nabi Yusuf dan Binyamin. Nabi Yaakub dianggap bapa kepada Bani Israel. oleh sebab itu Makam Nabi Yaakub sekarang dikawal ketat oleh tentera Yahudi dan orang Islam hanya dibenarkan masuk 10 kali setahun di hari hari kebesaran Islam.

Ketika kecil Nabi Yusuf telah dibuang ke perigi, baginda telah diambil oleh pedagang dan dibawa ke Mesir. Secara ringkasnya, setelah dewasa, akhirnya Baginda Yusuf menjadi menteri hal ehwal makanan setelah dapat mentafsir mimpi raja bahawa akan berlakunya kemarau yang panjang. Semua penduduk dari serata tempat datang untuk mengambil makanan dari Mesir bila berlaku kemarau tidak terkecuali keluarga Nabi Yaakub dari Hebron. Selepas bertemu keluarganya Nabi Yusuf telah membawa seluruh keluarganya ke Mesir. Bermulalah sejarah Bani Israel di Mesir.

Selama beberapa keturunan mereka di sana, menjadikan mereka menguasai Mesir dan bersikap sombong. Bangsa Qibti yang memang berasal dari Mesir ini akhirnya menjadikan mereka hamba. Semakin hari semakin tertekan hinggalah sampai zaman firaun dan Nabi Musa. Nabi Musalah yang membawa 12 suku Bani Israel keluar dari Mesir dan menuju ke Palestin dengan melalui Jordan. (Sila baca kisahnya semasa mengenai Mount Nebo). Allah menyatakan di dalam Al Quran yang Bani Israel akan mentap di tanah suci ini dengan aman.

Nabi Musa wafat sebelum sempat membawa Bani Israel masuk ke Palestin. Setelah beratus tahun, misinya diteruskan oleh anak muridnya Nabi Yusyak (makamnya ada di Jordan). Ketika itu Palestin telah ada penduduk asal iaitu bangsa Kan'an. Bangsa inilah penduduk asal Palestin.

Mereka semua duduk aman damai hinggalah mereka ditindas oleh seorang penguasa jahat bernama Jalut. Bani Israel melalui Nabi mereka bermunajat pada Allah supaya diutuskan seorang pemimpin, maka Allah mengutuskan seorang pemimpin bernama Talut. Berperanglah keduanya. Orang yang dapat membunuh jalut ialah seorang keturunan Israel bernama Nabi Daud.

Bagi mengenang jasa, Nabi Daud telah berkahwin dengan anak Talut. Ketika Talut meninggal, maka Nabi Daud menaiki tahta dan Nabi Daud merupakan raja pertama bagi Bani Israel. Kerajaan ini diganti oleh anaknya Nabi Sulaiman. Pada tahun 967 s.m (sebelum masihi), Nabi Sulaiman mendirikan istananya yang besar untuk semua beribadah kepada Allah.

Selepas kewafatan Nabi Sulaiman, maka tahta ini diganti oleh keturunan Bani Israel hinggalah tahun 586 s.m apabila kota Jerusalem dihanguskan oleh seorang raja bernama Nabuchatnizar dari Iraq. Raja ini juga telah menghancurkan istana Nabi Sulaiman. Dari tahun ini, Bani Israel tidak mempunyai kuasa hinggalah Rom menawan mereka.

Pada tahun 37 s.m, Rom telah melantik wakilnya dari Bani Israel iatu Raja Herod untuk membantu memerintah Palestin. Ketika inilah Raja Herod membangunkan kembali Istana Sulaiman. Ketika kelahiran Nabi Isa, Raja Herod cuba membunuh Nabi Isa kerana berpendapat bahawa Isa akan merampas tahtanya ketika besar nanti. Nabi Isa dilarikan ke Mesir selama dua tahun dan kembali ke Palestin setelah Raja Herod mati. Herod digantikan oleh anaknya iaitu Raja Herod Agripa dan terjadilah peristiwa pembunuhan Nabi Zakariya, Yahya dan pemburuan Nabi Isa. Nabi Isa kemudiannya diangkat Nabi Isa ke langit.

Sebagai kehinaan dari Allah, pada tahun 70 m (masihi) Rom telah menyerang dan menghancurkan Jerusalem. Sejak tahun 70 m inilah, Bani Israel keluar dan duduk di merata-rata tempat. Mereka tidak berani untuk datang ke Palestin kerana takutkan Rom.

Mereka menunggu kedatangan Nabi akhir zaman yang diisyaratkan lahirnya dibumi Tihamah iaitu tanah rendah yang banyak pokok tamar. Mereka mencari di mana Tihamah ini. Akhirnya, mereka berpendapat Tihamah ialah Madinah Munawwarah. Pada ketika itu nama tempat ini ialah Yathrib. Bani Israel beramai-ramai pindah ke Madinah, beranak pinak di sana kerana mengharapkan Nabi akhir zaman lahir dari Bani Israel. Rupanya Allah menghendaki bahawa nabi akhir zaman lahir dari bangsa Arab dan lahirlah Nabi Muhammad s.a.w junjungan kita di bumi Mekah. Nabi Muhammad adalah dari keturunan Nabi Ismail.

Sebahagian besar Bani Israel menolak kenabian Muhammad saw dan bagi mereka yang tidak beriman inilah, digelar oleh Allah sebagai Yahudi. Kemuncak penentangan mereka ialah apabila mereka cuba mengkhinatai Nabi saw dan akhirnya mereka semua diperangi dan keluar dari Madinah.

Yahudi duduk bersepah-sepah. Mereka hanya kembali ke Palestin pada tahun 1187 m apabila Salahuddin al-Ayubi mengalahkan tentera Salib. Istana Sulaiman yang dihancurkan pada tahun 70 m ini habis dan hanya tinggal sekeping tembok (walling wall) sekarang menjadi tempat ibadah mereka.

Propoganda untuk menubuhkan negara Israel telah bermula dihujung kurun ke 19 dan akhirnya dengan bantuan British, pada tahun 1948, negara Israel telah ditubuhkan.

Dari rentetan sejarah ini, jelaslah bahawa, Israel hanyalah pendatang. Palestin bukan tanah asal mereka. Bangsa Kan'an (orang Palestin sekarang) adalah penduduk asal tanah ini.

Mereka sedang berusaha menipu sejarah dengan menyatakan bahawa merekalah penduduk asal tanah ini.

Walau apa pun, kesombongan mereka menyebabkan mereka menganggap bangsa lain adalah setaraf binatang. Mereka menganggap mereka bangsa pilihan, mereka menganggap mereka dijadikan khas oleh tuhan dan merekalah satu-satunya bangsa yang boleh menegur tuhan.
Sekarang terjawab sudah milik siapakah tanah Palestin ini, rupanya bangsa Yahudi menganggap mereka sangat mulia kerana semua Nabi kecuali Nabi Muhammad adalah dari bani Israel, dan semua tempat bersejarah di Palestin sepatutnya dikongsi bersama Muslim dan Yahudi dianggap hanya untuk Yahudi..sungguh tidak adil. Sekarang di Palestin tempat yang tidak di ambil dari Muslim hanya Temple Mount tempat dipercayai dimana Nabi Muhammad dibawa ke langit semasa Isra' Mikraj.

Sesungguhnya, al-Quran menyatakan bahawa, orang yang paling mulia ialah orang yang paling bertaqwa. Mulia tidak terletak kepada keturunan. Ia terletak kepada iman di dada. Walau apa bangsa dan keturunan pun, jika beriman, maka mereka mulia di sisi Allah.

Kisah yang agak panjang tapi menarik untuk dikongsi dengan semua..

Ini buku kanak kanak mengenai kisah kisah Nabi dari Goodwordbooks tapi saya suka baca buku ini sebab bahasa yang mudah dan ada gambar tempat tempat yang bersejarah.

No comments: